Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Saturday, December 27, 2008

Boxing Day

"Boxing Day is a public holiday in the United Kingdom, Australia, Canada, New Zealand, Hong Kong, countries in the Commonwealth of Nations with a mainly Christian population, and parts of the United States. In South Africa, this public holiday is now known as the Day of Goodwill. It is based on the tradition of giving gifts to the less fortunate members of society. Contemporary Boxing Day in many countries is now a "shopping holiday" associated with after-Christmas sales."
Wikipedia

Well, kalu tak tgk kat definition by wiki nih, aku pun ingat boxing day nih is after-christmas sale.. Heheee... Di sini, kalu di city seawal jam 5 pagi department store telah di buka on 26th, but tpt lain masih lagi tutup.. Bandar2 besar seperti Sidney, mmg meriah... Crowds terpacak di depan pintu seawal jam 1.00 pagi.. Bila pintu separuh di buka, dah berlari2 masuk... Dahsyat...

Shopping centre yg bukan di city dibuka on 27th pada jam 8 pg... Kami pun tidak melepaskan peluang utk merasai boxing dah sales nih... Seawal jam 7.30 pg kami sudah tiba di Carousel, shopping centre yg terletak 10 minit dr rumah kami.. Tp, crowds tak ramai pun, malah dpt parking dpn pintu lagi... Bila tgk org start berpusu2 mencari brg, kami pun turut rasa cuak, takut stock abis... Hahaha... merasa jugak lar shopping on boxing day.. Boleh dikatakan semua brg on sale, cookware seperti Tefal mmg laku, mana tidaknyer sale sampai 50%... Isy.. kalu tak sedar diri mahu makan maggi sebulan kami... :) Dlm jam 10 pg, org dah penuh, utk bayar pun perlu beratur panjang... Mujur kami tiba awal, dpt lah membeli beberapa brg..

Saturday, December 20, 2008

Malaysia Oh Tanah Airku....

Alhamdulillah... Akhirnya dpt juga aku dan keluarga pulang ke tanah air ku yg tercinta.. Huhu... Tanggal 27 November 2008, jejak juga kaki ku ke LCCT yg huru hara itu... Pengalaman pertama bersama Air Asia:
1. Kapal terbang: Selesa, maklumlah masih baru.. Ruang duduk pun best jugak, luas tapi seat depan lah since ader baby... Toilet pun banyak.. Makanan pulak, sederhana sahaja.. Tp bolehlar nak mengalas perut.. Service pula so and so, nak minta pasang baby basinet pun agak lambat since crew sibuk jual makanan... Keseluruhan nya... sungguh selesa berpadanan dgn harga nya... :)

2. LCCT: Agak mngecewakan, perjalanan dr kapal terbang ke kaunter check out agak jauh.. Kena berebut2 pulak tuh... Tunggu bagasi pun lambat... Sampai tertinggal satu bag, uwaaa....

Kami berada di Malaysia selama 3 minggu yg penuh dan padat dgn pelbagai aktiviti.. Mmg letih ke sana ke sini, tp gembira dpt betemu dgn keluarga.. Sempat juga shopping dan terserempak dgn rakan2 sekerja yg lama.. Huhu.... Tp yg paling bermakna berkesempatan menziarahi pusara kedua mertua dan juga arwah bapa ku... Yg menyedihkan, handset ku tertinggal di Perth, so tak dapat contact kengkawan di sana dan juga terkilan tidak berkesempatan singgah di opis lama ku... Isk..isk...

Perjalanan pulang ke perth pula dipenuhi dgn episod drama swasta apabila adawiyah menangis2 tak nak ikut kami, nak tinggal dgn cousin & kakak2ku.. Sampai muntah2 di kaunter check in tuh.. Haru betul... Nasib baik sempat mandikan dia dan tukar baju before announcement utk check in... Masa beratur utk check in tu, ramai lah penumpang2 lain yg lalu sambil mengusap2 kepala Adawiyah... Alamak, malu betul.... :)

Tuesday, November 18, 2008

Sunday Market

Sunday Market merupakan pasar jualan brg2 terpakai yg diadakan pada setiap pagi Ahad bermula jam 6 pg sehingga 11 pg.. Berhampiran dgn rumah kami terdapat beberapa Sunday Market tetapi yg paling hampir terletak di Maddington, kira2 10 minit dr rumah. Sesiapa sahaja boleh berniaga dgn harga sewa yg telah ditetapkan.. Utk masuk pula dikenakan bayaran 1 dolar seorang dan maksimum 2 dolar per family..

Macam2 barang yg ada dijual di market ni, seronok lah juga mengisi aktiviti di pagi minggu.. Kalau bernasib baik boleh dapat set pinggan China bones.. Sebagai pelajar yg hanya menetap bebrapa tahun di sini, mmg berbaloi membeli brg2 seperti car seat, heater dan sebagainyer di sini.. Malah, kdg2 boleh dapat brg2 berjenama dgn harga yg murah.. Brg2 nih dijual oleh pemilik sendiri, so kalu nak cari brg2 yg elok dan berjenama, kita tgk lah kereta yg mereka pakai.. Selalunya kalu mewah kereta penjual, maka mewah juga brg2 yg dijual walaupun second hand.. :) Lagi bernasib baik, dpt brgn first hand yg belum terpakai tp owner nak let go kan brgn tersebut..

Walaupun market nih di awal pagi tetapi pengunjung nya tetap meriah.. Teringat pasar malam di Malaysia pula...

Sunday, November 9, 2008

Langkah ku yang pertama..

Akhirnya, pada usia 1 tahun 3 bulan, Mulkan memulakan langkah pahlawan nya... Lambat sungguh dia berjalan, hehee...


Going to Kindy..




Akhirnya, Adawiyah telah diterima ke Gibbs Street Primary School, a public school yg terletak berhampiran dgn rumah kami.. Walaupun niat asalnya untuk masukkan Adawiyah ke private islamic school, tetapi setelah menerima kenaikan yuran sehingga mencecah AUD 5K or above, kami pun mengundur diri. :( Bukan kami sahaja, malah ramai keluarga lain juga menarik diri setelah dikenakan yuran sebagai International student which is too expensive for most of us.. So, bermula Feb 2009 ini, Adawiyah akan ke sekolah untuk 4 hari seminggu from 8.45 a.m - 11.30 a.m..

Wednesday, October 29, 2008

Mari Memetik Buah Berry..

Ada sebatang pokok yg besar di belakang rumah kami.. Ingatkan pokok hutan, rupa2 nye pokok berry.. Nasib baik anak neighbour dtg meminta sedikit buah berry, barulah kami tahu..



Inilah pokok berry, besar kan.. Bayangkan betapa banyak buahnyer..












Inilah rupa buah berry yg belum masak, kalau masak buahnye berwarna hitam dan manis rasanyer.. Buah ni perlu dipetik dgn lemah lembut sbb ia mudah hancur dgn mengeluarkan getah berwarna purple.. Yg merah ni masam rasanyer.







Ini buah berry yg sudah ranum..












Pokok anggur sudah bercambah kembali, ready to berbuah semula... :)

Sunday, October 26, 2008

Daylight Saving Time

Hari ini bermulalah daylight saving time dimana jam dicepatkan satu jam.. So, waktu di sini akan sejam awal dr Malaysia.. :)

Saturday, October 18, 2008

It's Spring...

Sekarang ni dah masuk mid of spring.. Cuaca dah mula panas, hari ini mencecah 30 celcius.. So, good bye to heater and sweater.. :)

Pertama kali melalui 4 season yg berbeza memberi pengalaman yg menarik kpd kami .. Setiap musim akan kelihatan tumbuhan dan bunga yg berbeza.. Sekarang ni, pokok2 yg dahulu kering tanpa daun sudah mula menghijau.. Malah bunga2 ros kembali mekar menghiasi taman2.. Seronok melihat bunga2 yg berbeza mekar di merata2.. Tapi yg tak menariknye, musim inilah lalang2 tinggi turut tumpang menghiasi ruang di sekita rumah.. Emm, nampaknyer kena lah kami turun ke padang utk clearkan lalang2 ni (weeding remember.. ;) )

Selain drpd tumbuhan, musim ini juga menarik rama2 yg begitu banyak menghiasi pepohon, begitu juga dgn beberapa jenis burung2.. Tapi, rama2 semuanya berwarna putih.. Kenapa yer...

Tuesday, October 14, 2008

Open House

Sibuk menghadiri jemputan open house sejak hari raya pertama lagi, hari Sabtu lepas giliran kami pula mengadakan open house.. Jemputan sederhana sahaja seramai 15 keluarga. Menu yg kami sediakan: Soto, Spaghetti, Satay, Roti Canai dan kuih muih.. Penuh lah satu meja makan tuh dgn pelbagai hidangan.. Tp bukan semua nya kami yg masak. :) Satay dan roti canai ditempah dgn kawan hubby (mak nye PR). Seperti yg dijangkakan, sambutan terhadap satay & roti canai mmg memberangsangkan.. Tidak lupa juga dgn soto ku.. Hehee.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Majlis bermula pada jam 1.00 ptg dan tetamu terakhir pulang pada jam 7.00 ptg.. Memandangkan kami tidak biasa masak beriya2 begini, hari Ahad terus demam.. Hahahaa.... Walaupun penat tapi terasa gembira dapat menjamu rakan2 di sini.. Terima kasih diucapkan kepada tetamu yg sudi hadir ke rumah kami..

Monday, October 6, 2008

Hari Raya Gathering

Hari Sabtu lepas, kami menghadiri majlis jamuan hari raya bagi persatuan pelajar Malaysia Perth atau lebih dikenali sabagai MyPSA.. Sambutan diadakan di dewan sekolah adawiyah (next year).. Ramai juga yg hadir dan seronok berjumpa dgn pelajar2 Malaysia yg lain.. Jamuan pula dibuat secara potluck memandangkan association belum ada budget lg.. :) Tapi banyak juga makanan yg ada..

Konsep color kami pada hari itu adalah kuning.. Moments during the event to be shared.. Btw, sebahagian drpd pics ni adalah ihsan drpd brother ariyo, terima kasih bebanyak.. :)





Adawiyah bergaya sebelum ke majlis..
















Tuh dia Hang Jebat berbaju melayu..













Amboi sukanyerr...










Suasanan majlis sebelum bermula..











Majlis dimulai dgn Marhaban diketuai oleh 7 penyanyi utama termasuk hubby.. :)











Cuba lihat betul2 siapa budak yg berlari tu...??













Enak nye menjamu selera..













Anak-anak sibuk bermain di pentas, termasuk lah adawiyah yg duduk di tangga tuu..










Sesi bermaaf2an.. Lenguh pipi peluk cium sumer org.. :D












Sesi bergambar beramai2..












Mulkan lena diulit mimpi..














Barisan AJK MyPSA yg pertama.. Hubby sbg ajk biro kerohanian..










Inilah sebahagian drpd pelajar postgraduate & family di bumi Perth nih..

Saturday, October 4, 2008

Kenangan di Pagi Raya




Tuh dia Mulkan dgn baju melayu johor nya.. :) Since tak boleh jalan lagi, seluarnya asyik tercicir sahaja.. Hahaa..








Cik Siti Adawiyah dgn baju kurung nya yg besar.. :) Lengan baju sampai tutup tgn, kena lipat.. Tak nampak lah manik2 mak long jahit...















Susah betul nak snap gambar nih.. Ada mcm adik beradik tak..??









Umi & Ada..











Abah & Mulkan yg tgh meragam..
















Ahaa.. ini lah muffin ku yg mendapat sambutan hangat.. ;)










Huhu, kat Perth pun boleh dapat ketupat.. Ni kawan hubby PR sini yg bagi.. Best betul..









Amboi, ada mcm crocodile hunter tak..? Hehee..

Friday, October 3, 2008

Aidil Fitri di Perantauan..

Salam aidil fitri di ucapkan kepada keluarga dan rakan2 semua.. Di kesempatan ini kami memohon kemaafan atas segala salah dan silap yg pernah menyinggung perasaan...

Menyambut hari raya di perantauan utk pertama kalinya memang kurang meriah.. Di sini terdapat banyak juga masjid utk sembahyang raya, tetapi ader 3 masjid yg majoriti jemaahnya terdiri daripada org melayu.. Kebiasaannya org melayu akan pergi ke masjid2 ini.. Selepas sembahyang akan ada sedikit jamuan raya utk jemaah yg hadir.. Di masjid Turki pula, raya nya awal sehari.. Agak meriah masjid ini, ader disediakan ice cream, kebab dan beberapa makanan lagi secara percuma.. Malah disediakan sekali dgn mainan utk kanak2.. Masjid ni memang agak mewah dgn air cond dan bangunan yg cantik..

Raya pertama kami menunggu beberapa jemputan yg baru tiba di Perth.. Menu yg kami sediakan:
Nasi Tomato, Rendang Daging, Ayam Merah, Kurma Kambing, Jelatah dan Muffin.. Huhu... Seharian memasak, di Malaysia pun tak pernah masak macam ni.. Heheee.. Kemudian, kami keluar beraya di beberapa buah rumah.. Yg bestnyer, rumah kawan hubby yg PR di sini ada ketupat.. Wahhh, bestnyer dapat jumpa ketupat.. Dapat juga bertemu dgn beberapa org PR di sini... Ramai sungguh org Malaysia yg menetap di sini.. Walau bagaimanapun, raya di negara org tidak semeriah di negara sendiri.. Kesunyian tu tetap terasa..

Untuk minggu2 berikutnya, sama seperti di Malaysia penuh dgn jemputan open house.. Di sini, kami mmg rajin berjalan ke rumah org utk merasai kemeriahan raya.. :)

Saturday, September 27, 2008

Bila Raya??

First time beraya di negara orang, macam2 conflict berlaku.. Antara nyer, pembayaran zakat.. Ada yg kata boleh bayar di Malaysia thru maybank2u, ada yg kata tak boleh.. Lalu hubby pun menghubungi Imam Jalil (glamer dia ni di Perth), orang Singapore.. Kata nya lebih afdal bayar di Australia tapi tak salah bayar di Malaysia dgn kadar bayaran yg sama di Perth.. In fact, zakat yg di bayar di Australia nih akan di hantar ke negara2 yg lain seperti Palestine, Iran dan sebagainyer.. Kerajaan australia nih x terima zakat sbb rakyatnya tiada yg miskin apa ntah lagi yg faqir.. Huhu...

Tarikh raya juga menjadi isu.. Masjid yg berhampiran dgn rumah kami ni telah pun mengumumkan raya jatuh pada hari Selasa, masjid ini masjid Turki.. Tempat lain pula raya pada hari Rabu.. Haa, mcm maner tuh...?? Ader pula masjid yg mengadakan sembahyang raya 2 hari berturut2 iaitu hari Selasa dan Rabu.. Macam-macam.... Kami pun keliru, tp org2 melayu yg sudah lama di sini hanya tersenyum sahaja, kerana perkara ini berlaku pada setiap tahun.. So, nak raya hari ape nih..????

Thursday, September 25, 2008

More Boxes for Raya

Wah wah wah... kami terima more boxes from Malaysia, huhu.. Sadisnyer beraya di perantauan rupanyer.. Smlm dpt 2 lagi parcel, from mak di kampung and also from my eldest sister.. Terima kasih bebanyak kami ucapkan... :)

My eldest sister Yong kirimkan juga baju utk Adawiyah dan Mulkan.. Hehee, meriah pulak bebudak nih ader 2 pasang baju lagi.. Baju Mulkan elok2 saja, baju Adawiyah pulak besar sedikit.. Tp ok lah boleh tahan lama... :D Yang sedihnyer, biskut tart yg Yong kirimkan agak hancur sedikit.. Hilang rupa biskut tart jadi mcm biskut arab, bulat ajer.. Huhu.. Tp tak per akan ku makan juga..

Hari ini pula terima satu lagi parcel dr hubby's sister.. Tp belum di ambil di post office..




Rajin mak long jahit manik2 pada baju adawiyah..













Tengok lah apa sudah jadi pada biskut tart ni..

Wednesday, September 17, 2008

First Box for Hari Raya

Semalam terima oleh2 hari raya pertama dari Malaysia.. :) Kali ini from hubby's sister, Yan.. Terima kasih daun keladi kami ucapkan.. Macam2 ada, sepasang baju melayu untuk mulkan (tp agak terbesar siket, maklum ler mulkan nih slim mlim :D), sepasang baju kurung utk adawiyah dan kuih muih.. Adawiyah suka betul dpt baju sampai pagi nih bangun2 tidur terus mandi, konon2 boleh pakai baju baru lar.. Hehee licik sungguh...

Untuk mak yan, terima lah ucapan terima kasih dari adawiyah...

Monday, September 15, 2008

Sepi Ramadhan di Perantauan

Sudah tiba di pertengahan Ramadhan.. Kalau di Malaysia pasti meriah dgn suasana menjelang AidilFitri, dgn lagu raya yg berkumandang di pasaraya.. Di sini pula, suasana seperti biasa memandangkan jumlah muslim adalah minoriti.. Yang pelik nya, bayaran zakat fitrah dibuat hanya dgn memasukkan duit ke dlm tabung dan diberi resit tanpa akad.. Mungkin kerana kaum muslim yg berbilang bangsa dan berlainan bahasa..

Sekarang jam 5 pg sudah masuk subuh.. Dalam jam 6 pagi hari sudah terang.. Hari semakin panjang menjelang Spring dan Summer tak lama lagi..

Btw, today is my eldest sister's birthday.. So, enjoy this.. :)

Click to play birthday
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Make a Smilebox greeting

Saturday, September 6, 2008

It is our Anniversary...


Hari ini genaplah perkahwinan kami berusia 5 tahun. Alhamdulillah atas segala yg diberikan oleh Allah s.w.t :).. Dalam tempoh yg singkat nih pelbagai perkara berlaku:

  1. Kami merasa tinggal di 5 buah rumah.. Huhu...rajin sungguh pindah. Damai Perdana - Alam Damai - D'Tinggian Suasana - Bndr Tun Hussein Onn - East Cannington. Mak selalu kata, kalu pindah 7 kali boleh jadi papa.. Heheee...
  2. Kami merasa menggunakan 5 buah kereta. Waja - Satria - Civic - Kelisa - Accord 1993
  3. Yang menyedihkan, kehilangan kedua mertua
  4. Dan yang paling berharga dikurniakan 2 org cahayamata.


Tanpa perancangan rapi, hari ini kami pergi ke Fremantle yg merupakan sebuah tempat tarikan pelancong yg terletak di tepi laut. Di sini banyak dijual souvenior2 utk pelancong dan juga museum maritim. Since puasa, we made the trip short and to be continued after raya.. :)


Tempat ni terletak di atas bukit, ini mcm tugu negara lah.. Dr atas bukit ni, boleh lihat pemandangan di tepi laut...











Ini pula peluru yg ada di atas bukit yg sama..











Ini gambar di tepi pelabuhan.. Besar betul kapal nih..









Maritim Museum ni terletak betul2 ditepi laut











Berehat di taman setelah penat berjalan.. Maklum ler 2 org insan nih tak puasa, so lunch di taman lar..

Mak long, mulkan pakai baju yg mak long bg dulu..

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan al-Mubarak

Ramadhan tiba lagi, selamat menjalani ibadah puasa.. Di sini suasana tuh kurang terasa, pengumuman puasa pun tiada.. Kena lah buat initiative sendiri telefon kwn2 atau imam2 masjid.. Seperti yg dijangkakan, puasa sama seperti di Malaysia.. :)

Waktu berbuka agak awal di Perth, dlm jam 6 ptg gitu.. Since skrg nak masuk spring, cuaca dah kurang sejuk.. Tak perlu pakai heater di siang hari.. So, puasa pun tak terasa seperti di Malaysia yg panas.. Yg tak bestnyer, tak der pasar ramadhan.. Miss the smell, the crowd, the food and everything.. Nak cari kurma pun susah..

Aper pun, the ruh of ramadhan is still there... Semoga ramadhan ini lebih baik dr tahun2 yg lepas...

Sunday, August 31, 2008

Enaknyerr Satay

Smlm pergi ke rumah kawan hubby berhampiran dgn rumah kami.. Kwn hubby ni br juga dtg ke Perth tp mak nyer PR di sini, sudah 30 tahun menetap di Perth.. Kebetulan makcik ni kerja disebuah restaurant malay cuisine "Mahsuri Satay" tidak jauh dr city.. Yg seronoknyer, dptlah kami makan satay smlm stlh sekian lama teringin... :)

Rumah makcik nih ada parabola, so smlm dpt tgk TV1 dan TV2.. Tp TV3 tak dpt pula.. Rasa mcm duduk kat Malaysia aje kat rumah dia.. So raya nih, aderlah rumah nak beraya.. :)

Hari nih 31 August, so MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 29, 2008

Araluen Botanic Park



Hari ini buat trip ke Araluen yg terletak kira2 40 minit dari East Cannington (rumah kami).. Araluen Botanic Park merupakan sebuah taman yg dibina pada tahun 1922 yg dipenuhi dgn bunga2 mengikut musim.. tetapi yg paling popular dimusim Spring, they call it Yate's Spring Time pada bulan Ogos dan September.. Pada waktu ini, taman ini dipenuhi dgn bunga tulip pelbagai jenis dan warna...

Utk masuk ke taman ini, tiket utk dewasa berharga $10 dan percuma utk kanak2.. Yg seronok nyer kita boleh picnic di taman ini, malah siap disediakan barbeque set kalau kita mahu... Kira2 seperti hutan simpan lar tp tak berapa luas.. Tapi penat juga berjalan (bushwalk) lagi2 bila memanjat bukit... Utk org kurang upaya atau org tua disediakan weelchair dan juga electric scooter.. So, opah boleh dtg sini naik scooter, tekan ajer butang scooter jalan sendiri.. Hehee... :)

Melihat bunga2 tulip secara live for the first time mmg memegunkan.. Rasa mcm dlm cerita hindustan pulak.. :) Warna2 yg berbeza dgn bermcm2 bentuk tulip, waaahhhh indah sungguh ciptaan Ilahi... Lebih menarik, pokok2 tulip ini ditanam oleh pasukan sukarela pada bulan mei dan jun setiap tahun..