Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Friday, October 3, 2008

Aidil Fitri di Perantauan..

Salam aidil fitri di ucapkan kepada keluarga dan rakan2 semua.. Di kesempatan ini kami memohon kemaafan atas segala salah dan silap yg pernah menyinggung perasaan...

Menyambut hari raya di perantauan utk pertama kalinya memang kurang meriah.. Di sini terdapat banyak juga masjid utk sembahyang raya, tetapi ader 3 masjid yg majoriti jemaahnya terdiri daripada org melayu.. Kebiasaannya org melayu akan pergi ke masjid2 ini.. Selepas sembahyang akan ada sedikit jamuan raya utk jemaah yg hadir.. Di masjid Turki pula, raya nya awal sehari.. Agak meriah masjid ini, ader disediakan ice cream, kebab dan beberapa makanan lagi secara percuma.. Malah disediakan sekali dgn mainan utk kanak2.. Masjid ni memang agak mewah dgn air cond dan bangunan yg cantik..

Raya pertama kami menunggu beberapa jemputan yg baru tiba di Perth.. Menu yg kami sediakan:
Nasi Tomato, Rendang Daging, Ayam Merah, Kurma Kambing, Jelatah dan Muffin.. Huhu... Seharian memasak, di Malaysia pun tak pernah masak macam ni.. Heheee.. Kemudian, kami keluar beraya di beberapa buah rumah.. Yg bestnyer, rumah kawan hubby yg PR di sini ada ketupat.. Wahhh, bestnyer dapat jumpa ketupat.. Dapat juga bertemu dgn beberapa org PR di sini... Ramai sungguh org Malaysia yg menetap di sini.. Walau bagaimanapun, raya di negara org tidak semeriah di negara sendiri.. Kesunyian tu tetap terasa..

Untuk minggu2 berikutnya, sama seperti di Malaysia penuh dgn jemputan open house.. Di sini, kami mmg rajin berjalan ke rumah org utk merasai kemeriahan raya.. :)

No comments: