Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Saturday, September 27, 2008

Bila Raya??

First time beraya di negara orang, macam2 conflict berlaku.. Antara nyer, pembayaran zakat.. Ada yg kata boleh bayar di Malaysia thru maybank2u, ada yg kata tak boleh.. Lalu hubby pun menghubungi Imam Jalil (glamer dia ni di Perth), orang Singapore.. Kata nya lebih afdal bayar di Australia tapi tak salah bayar di Malaysia dgn kadar bayaran yg sama di Perth.. In fact, zakat yg di bayar di Australia nih akan di hantar ke negara2 yg lain seperti Palestine, Iran dan sebagainyer.. Kerajaan australia nih x terima zakat sbb rakyatnya tiada yg miskin apa ntah lagi yg faqir.. Huhu...

Tarikh raya juga menjadi isu.. Masjid yg berhampiran dgn rumah kami ni telah pun mengumumkan raya jatuh pada hari Selasa, masjid ini masjid Turki.. Tempat lain pula raya pada hari Rabu.. Haa, mcm maner tuh...?? Ader pula masjid yg mengadakan sembahyang raya 2 hari berturut2 iaitu hari Selasa dan Rabu.. Macam-macam.... Kami pun keliru, tp org2 melayu yg sudah lama di sini hanya tersenyum sahaja, kerana perkara ini berlaku pada setiap tahun.. So, nak raya hari ape nih..????

1 comment:

kalambicara said...

Salam Shima,

Selamat Hari Raya di perantauan. Maaf Zahir dan Batin. Beraya la dua-dua hari...he he... Take care!