Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker
Showing posts with label Going Places. Show all posts
Showing posts with label Going Places. Show all posts

Saturday, September 6, 2008

It is our Anniversary...


Hari ini genaplah perkahwinan kami berusia 5 tahun. Alhamdulillah atas segala yg diberikan oleh Allah s.w.t :).. Dalam tempoh yg singkat nih pelbagai perkara berlaku:

  1. Kami merasa tinggal di 5 buah rumah.. Huhu...rajin sungguh pindah. Damai Perdana - Alam Damai - D'Tinggian Suasana - Bndr Tun Hussein Onn - East Cannington. Mak selalu kata, kalu pindah 7 kali boleh jadi papa.. Heheee...
  2. Kami merasa menggunakan 5 buah kereta. Waja - Satria - Civic - Kelisa - Accord 1993
  3. Yang menyedihkan, kehilangan kedua mertua
  4. Dan yang paling berharga dikurniakan 2 org cahayamata.


Tanpa perancangan rapi, hari ini kami pergi ke Fremantle yg merupakan sebuah tempat tarikan pelancong yg terletak di tepi laut. Di sini banyak dijual souvenior2 utk pelancong dan juga museum maritim. Since puasa, we made the trip short and to be continued after raya.. :)


Tempat ni terletak di atas bukit, ini mcm tugu negara lah.. Dr atas bukit ni, boleh lihat pemandangan di tepi laut...











Ini pula peluru yg ada di atas bukit yg sama..











Ini gambar di tepi pelabuhan.. Besar betul kapal nih..









Maritim Museum ni terletak betul2 ditepi laut











Berehat di taman setelah penat berjalan.. Maklum ler 2 org insan nih tak puasa, so lunch di taman lar..

Mak long, mulkan pakai baju yg mak long bg dulu..

Friday, August 29, 2008

Araluen Botanic Park



Hari ini buat trip ke Araluen yg terletak kira2 40 minit dari East Cannington (rumah kami).. Araluen Botanic Park merupakan sebuah taman yg dibina pada tahun 1922 yg dipenuhi dgn bunga2 mengikut musim.. tetapi yg paling popular dimusim Spring, they call it Yate's Spring Time pada bulan Ogos dan September.. Pada waktu ini, taman ini dipenuhi dgn bunga tulip pelbagai jenis dan warna...

Utk masuk ke taman ini, tiket utk dewasa berharga $10 dan percuma utk kanak2.. Yg seronok nyer kita boleh picnic di taman ini, malah siap disediakan barbeque set kalau kita mahu... Kira2 seperti hutan simpan lar tp tak berapa luas.. Tapi penat juga berjalan (bushwalk) lagi2 bila memanjat bukit... Utk org kurang upaya atau org tua disediakan weelchair dan juga electric scooter.. So, opah boleh dtg sini naik scooter, tekan ajer butang scooter jalan sendiri.. Hehee... :)

Melihat bunga2 tulip secara live for the first time mmg memegunkan.. Rasa mcm dlm cerita hindustan pulak.. :) Warna2 yg berbeza dgn bermcm2 bentuk tulip, waaahhhh indah sungguh ciptaan Ilahi... Lebih menarik, pokok2 tulip ini ditanam oleh pasukan sukarela pada bulan mei dan jun setiap tahun..






































































Sunday, July 20, 2008

In the Midst of Winter..

Tika waktu ini adalah pick of winter... Menurut laporan berita, suhu tahun nih lebih sejuk berbanding tahun2 yang lepas.. Sekarang suhu bet 0 celcius - 18 celcius... Memang sejuk... Tp tak lah sesejuk europe yg bersalji.. But still, sooo sejuk...


Ahad minggu lepas, attend barbeque party di Sir James Park yg terletak si South Perth.. Taman ini juga berhadapan dgn Swan River.. Cantik juga tempatnyer.. Kami bawa ikan siakap utk dibakar, yg lain2 bawa ayam, kambing & mcm2 lagi.. Ramai juga yg dtg, lebih kurang 15 family.. Agenda nya utk meraikan kawan2 yg akan pulang ke tanah air setelah tamat pengajian.. Bestnyerrr... :)






Taman2 di sini, disediakan tempat bbq dgn gas nyer sekali.. So, kita hanya perlu bawa bahan2 utk dibakar shj spt ikan, ayam dan sbg nye.. Tp kena lapik lah dgn aluminium foil, almaklum ler tak tahu aper yg dibakar oleh mat salleh2 sblm tu..

Inilah barisan pembakar2 kita... :)





Jumaat pula, kami buat minum ptg dan jemput family2 Malaysia di kejiranan kami.. Seronok sekali sekala berkumpul ramai2... Adawiyah lar yg paling happy bila berkawan... Erm.. sempat juga beli cheese kek di The Cheesecake Shop, Victoria Park.. Kedai ini ader menjual kek yg halal.. Seronok nyerrr...


Baru2 ni terima berita dr Malaysia, family hubby mahu dtg ke Perth bercuti... Wahhh... seronok betul kami menerima berita ni.. Tak sabar menanti...

Friday, April 11, 2008

Kenangan di Perth Zoo

Try to get a better picture of a penguin, but this is the result.. Huh.. The penguin is very small, just the size of cat.








Very hard to get the picture of koala, this is the best that we have..








Huhu.. Besar betul buaya nih.. Ingatkan boneka, sekali bergerak daa...








Aksi ala-ala Bindy, anak Steve Irwin.. Huhu







Haha... Ini gambar termahal sekali.. :)

Monday, April 7, 2008

Tour to d' Perth Zoo

Hari ni sampai ke Perth Zoo.. Saje bawa anak2 jalan tgk binatang. :) Zoo nye terletak di South Perth, dekat dgn city. Lebih kurang 20 minit dr rumah kami. Tiket utk adult is $18 and for child under 4 is free..

Perth Zoo nih tak lah besar sgt, separuh drpd zoo negara kat Malaysia.. Binatang pun tak berapa byk.. Yg paling kami teringin nak tgk mestilah ikon negara australia, kanggaroo.. Hehee.. Rupa2 nyer kecil aje kanggaroo nih.. Byk jugak kanggaroo di sini, malah di lepas bebas di bahagian Bushwalk.. Jinak agaknyer... Then, yg second best tgk koala.. Tidur di pokok, comel sgt rupanyer..

Boleh berjln sahaja pusing keliling zoo, kesian juga tgk adawiyah kepenatan.. Kami mengambil masa kira2 2 jam utk pusing seluruh zoo.. Seronok tgk adawiyah ternganga melihat binatang2 yg selalu dilihat dlm buku.. :)

This is the best trip that we have so far in Perth.. Tak sabar nak tunggu next trip to Waterworld pulak.. Huhu... :) Many thanks to hubby for his time though he is busy...

Will upload picture later..