Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Friday, February 29, 2008

Never Ending Summer

Ingatkan summer dah berlalu.. Last week, sejuk berangin.. Suhu dlm 27 celcius gitu. Tapi minggu ni panas sungguh hingga smlm mencecah 40 celcius.. Memang panas, kesian melihat anak2 kepanasan.

Hari nih, lepas sembahyang jumaat kami pergi ke Carousal di Cannington. 5 minit sahaja dr rumah. Carousal nih mcm Mid Valley lah, tapi 2 tingkat sahaja. Bukan bershopping pun saja bawa anak2 berjalan dlm suasana sejuk beraircond. Jimat sikit bil elektrik rumah, hehee..

Semalam call mak di kampung, erm rindunye kat family di Malaysia... mmmmmmm....

Monday, February 25, 2008

Ikan Salmon

Pagi Sabtu bebaru nih, kami pergi ke Canning Vale utk membeli stock mknn seminggu. Nama tempatnya Universal Seafood, mmg popular di kalangan masyarakat muslim kerana ia merupakan salah sebuah outlet halal di sini. Banyak seafood yg dijual dan murah2 belaka. Kami beli 8 keping ikan tenggiri cuma $ 8 sahaja(jgn convert) .. Ikan kembung 10 ekor cuma $6. Hahahaa.. sotong dan udang besar2 pun murah juga...

Nama ikan mmg mengconfusekan.. Sumer nyer ikan mackarel:
Ikan kembung : Indian Mackarel
Ikan tenggiri : Italian Mackarel
Ikan sardin : Mackarel

Erm, tak cukup vocabulary diorang nih kot.. ;)

Di sini, ikan salmon merupakan ikan mewah, taraf ikan siakap di Malaysia. Tp, kepala ikan salmon dijual murah sbb diorang tak pandai makan kepala ikan (agaknyer).. So, kitorang beli lah kepala ikan salmon dimasak asam pedas.. Pergh, mmg terangkat.. Siapa yg dtg ke sini, akan kami hidangkan dgn ikan salmon asam pedas ok.. :)

Ini lah ikan salmon.

Friday, February 22, 2008

Home Sweet Home


Alhamdulillah, dah selamat masuk rumah sewa 2 weeks ago.. Tp baru dpt internet connection 2 days ago.. Rumah nye unik.. Cuba tgk..

But this house is quite big for 4 of us... Kdg2 rasa seram gitu..

Skrg nak masuk spring.. Cuaca dah start berangin dan pepagi masyaallah sejukkknyerrr... Mcm mana lah nak menghadapi winter nanti.. :)

Erm lupa nak letak gambar sekitar rumah.. :)





Ni pokok anggur merah di belakang rumah, manis buah nya tp byk biji








Ni pula pokok anggur hijau, lagi manis dr anggur merah..












Ni pula pokok peach.. Buah nyer kecil2 ajer, tp kelat sedikit..









Ni laman di depan rumah. Skrg dipenuhi dgn bunga2 rumput berwarna kuning kecil2 ajer mcm bunga daisy. Bunga2 nih kembang dlm jam 10 pg - 2 ptg lebih kurang lar.. Tp sweet sgt.. :)








Thursday, February 7, 2008

Penantian yang Menginsafkan

Akhirnya, setelah 23 hari menanti, termakbul juga do'a kami. Rumah yang datang mencari kami apabila agent Real Estate menalifon dan memberitahu kami terdapat sebuah rumah yg sesuai.. :) Alhamdulillah..

Rumah terletak di East Cannington, lebih kurang 30 minit drpd Perth City.. Rumah nyer agak lama, ala2 rumah zaman Jepun gitu.. Tetapi terjaga rapi dan bersih oleh landlord.. Sewanya $295 per week.. Ada 3 bilik dan besar utk kami berempat sekeluarga.. Hahahaaaa... agak scary juga... Terdapat laman di depan rumah dipenuhi dgn pokok2 bunga.. Di belakang pula terdapat pokok anggur dan oren yang sedang berbuah.. :) Bestnyerrr... Pada sesiapa yg dtg ke Perth, boleh lah tinggal di rumah kami.. :)

Hari ni hujan dari pagi.. Peristiwa yg jarang2 berlaku ketika summer.. Ermm... hujan rahmat kot meraikan kejayaan kami mendapatkan sebuah rumah di waktu krisis ini... :)

Hubby keluar membeli brg2 keperluan asas.. Esok, insyaallah pindahlah kami ke rumah sendiri di negara orang ini.. :)

Monday, February 4, 2008

Pinggan Correll

Minggu yg penuh dgn emosi, rumah masih belum mendapat jawapan. Penantian penuh dgn harapan. Tadi petang, hubby bawa kami sekeluarga shopping di Belmont Forum Shopping Centre. Mcm2 supermarket ada di sana, BigW, KMart, Coles... .Sempat membeli beberapa brg electric utk keperluan bila dah dapat rumah nanti. (Erm bila lah tuh..???)

Semasa di BigW tadi, terjumpa pinggan Correlle.. Hehee murah aje.. Satu set $48.. Tersenyum aku sendirian, mesti beli nih.. Kalu kat Malaysia nih taraf2 pinggan Clayton nih. Tapi corak nya tidak secantik seperti yang terdapat di Malaysia. Tidak kisah lar.. pokoknyer Correlle jugak.. :)

Kat sini, semua barang keluaran Nestle adalah halal. Malah ada cop halal lagi. Begitu juga barang keluaran Cadbury. Malah byk brg2 lain yg tersenarai sebagai halal. Dari segi makanan, memang mudah di sini... Cuma rumah ajer lah.. Dalam perjalanan pulang, terima jawapan dr satu rumah yg kami apply minggu lepas.. Kecewa lagi... Sampai di rumah, terima satu lagi jwpn... Pun mengecewakan... :(

Ya Allah, ku serahkan segalanya pada Mu...


Ni gambar anak2 di rumah kawan yg kami tumpang..