Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Tuesday, October 14, 2008

Open House

Sibuk menghadiri jemputan open house sejak hari raya pertama lagi, hari Sabtu lepas giliran kami pula mengadakan open house.. Jemputan sederhana sahaja seramai 15 keluarga. Menu yg kami sediakan: Soto, Spaghetti, Satay, Roti Canai dan kuih muih.. Penuh lah satu meja makan tuh dgn pelbagai hidangan.. Tp bukan semua nya kami yg masak. :) Satay dan roti canai ditempah dgn kawan hubby (mak nye PR). Seperti yg dijangkakan, sambutan terhadap satay & roti canai mmg memberangsangkan.. Tidak lupa juga dgn soto ku.. Hehee.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Majlis bermula pada jam 1.00 ptg dan tetamu terakhir pulang pada jam 7.00 ptg.. Memandangkan kami tidak biasa masak beriya2 begini, hari Ahad terus demam.. Hahahaa.... Walaupun penat tapi terasa gembira dapat menjamu rakan2 di sini.. Terima kasih diucapkan kepada tetamu yg sudi hadir ke rumah kami..

No comments: