Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Wednesday, September 2, 2009

Sunyinya Ramadhan...

Hari ini genap umat Islam berpuasa selama 12 hari.. Terasa waktu berlalu begitu cepat sekali.. Tahun ini terasa Ramadhan lagi suram mengingatkan kemeriahan Ramadhan di Malaysia. Mujur lah mak dan kakak akan tiba tidak lama lagi, kira2 2 minggu lagi.. Rasa tak sabar menerima kunjungan kelaurga buat pertama kalinya di bumi asing ini..

Alhamdulillah, aku masih mampu utk mengerjakan ibadah puasa walaupun kadang2 angin gastrik menyinggah juga.. Cuaca pula agak sejuk skrg nih dgn kehadiran angin spring..

Semalam pergi booking hospital utk bersalin.. Walaupun terdapat hospital besar khas utk wanita di Perth city, iaitu King Edward Memorial Hospital(KEMH), tetapi kami memilih utk ke hospital daerah yg lebih tenang kira2 20 minit dr rumah. Kalau di KEMH selalunya utk satu2 appointment, masa menunggu sahaja boleh mencecah hingga 2 - 3 jam lamanya, itu tidak termasuk masa utk mencari parking.. Huhu, mujur lah di hospital daerah ini aku hanya perlu menunggu selama 15 minit - 30 minit utk satu2 appointment dan parking space nya juga begitu luas sekali.. :)

Appointment smlm berjumpa dgn mid wife.. Ditanya pelbagai soalan biasa latar belakang pesakit.. Antara soalan yg pelik ditanya pernahkah anda menjalani female circumcission.. Huhu, terfikir aku apakah relevant nye soalan nih.. ????

4 comments:

esza said...

sabar ya shima..kata orang kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai...hmm...tahan koe ya pregnant2 nie puasa....

montel said...

berat mata memandang...berat lagi bahu memikul..


salam ramadhan dari malaysia

Cik Siti Abu Sujak said...

Sebagaimana tertunggu2 hari aku nak balik, begitu juga tertunggu2 aku nak dengar berita mak & kakak ko tiba di sana.. Moga terubat kesunyian ko!!

Bila ko due Shima?

Anonymous said...

Salam Shima,

Selamat berpuasa ye untuk ko sekeluarga. Memang Ramadhan kali ni, cepat sangat rasanya. Tau2 dah hari ke 14 kan.. Takpe sikit je lagi tu. Nanti mak dan kakak ko sampai sure seronok tu.. Take care tau.

~naza