Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada keluarga dan rakan taulan semua.. Semoga Ramadhan ini penuh dgn keberkatan dari Ilahi.. Insyaallah..

Kali ini masuk tahun kedua kami berpuasa di perantauan.. Perasaan rindu pada Malaysia lagi terasa teringatkan suasana meriah menyambut Ramadhan yg begitu meriah di sana. Di sini kami berbuka agak awal jam 6 ptg, memandangkan skrg nih tgh winter, kurang terasa keterikan dan kepenatan berpuasa seperti di M'sia.. :)

Tahun ini ada diadakan bazar ramadhan di masjid rivervale atau dikenali juga sebagai masjid melayu kerana byk jemaah malaysia, indonesia dan singapura memenuhi masjid ini. Tp bazar ini cuma diadakan pada setiap hari Ahad dr jam 12 tgh hari hingga jam 3 ptg.. Kami belum lagi berkesempatan utk berkunjung ke bazar nih..

Skrg nih musim org sakit di sini, hubby sudah seminggu tak berapa sihat, adawiyah pula br sahaja baik dr demam 2 minggu yg lalu dan hari ini kembali batuk dan selsema.. Walaupun cuaca pd winter tahun ini kurang sejuk berbanding tahun lalu, tp tahap kesihatan agak merosot pula...

1 comment:

Cik Siti Abu Sujak said...

Selamat berpuasa utk mu & family.. Ini musim banyak penyakit, so take care ye!