Dalam perjalanan ke caversham, kami singgah di Swan Valley, satu kawasan yg dipenuhi dgn ladang anggur. Ketika musim anggur kira2 bulan 12 - 2, kira dan kanan jln di sini dipenuhi dgn gerai2 kecil menjual anggur dgn harga yg sgt murah. Alaa mcm kat Tapah, Perak yg glamer dgn buah jambunya.. Since musim anggur pun dah habis, cuma ader beberapa gerai shj yg menjual, itu pun bak kata org buah2 hujung. Tp, still fresh dan crunchy. Yum yum...
Utk masuk ke Caversham ini, harga tiket org dewasa ialah $22 dan kanak2 $8. Huhu mahalnya... :) Kawasan di Caversham ini tidak lah sebesar perth zoo dan binatang2 yg ada juga tidak byk.. Tetapi di sini diadakan pelbagai aktiviti yg lebih menarik dan membenarkan pengunjung dekat dgn binatang.. Aktiviti pertama kami ialah memberi mkn kanggaroo.. Memang pengalaman yg menarik dpt memegang kanggaroo yg sgt jinak, mkn di tapak tgn kita.. Hahaha... mmg takut mula2 tp kanggaroo tidak merbahaya, they are very gentle kata penjaga kanggaroo di situ. Adawiyah seperti biasa takut utk mendekati kanggaroo2 ni...
Setelah puas bermain dgn kanggaroo, kami pergi ke Molly Farm, iaitu kwsn yg dipenuhi dgn binatang ternakan seperti kambing, biri2, ayam dan sebagainya.. Di sini ader farm show yg menunjukkan cara2 utk sheep shearing, milk a cow, memberi susu botol pada biri2 dan mcm2 lagi..
Selain itu terdapat juga aktiviti menunggang unta (kena byr $6 per ride), konon nye nak cuba tp sbb kena beratur panjang kami pun tak jadi.. Kemudian kita boleh pergi ke show Meet the Wombat and Friends di mana kita dpt mendekati beberapa ekor binatang yg friendly seperti wombat, dingo (anjing hutan), phyton, parrot dan mcm2 lagi.
Aktiviti terakhir yg menarik di sini ialah Meet the Koala.. Di sini kita boleh masuk ke kandang koala dan bergambar bersama koala.. Malangnya masa kami tiba di sini, kandang nya masih belum dibuka. Jadi amik gambar dr luar ajer...
Selain drpd aktiviti2 tersebut, terdapat juga binatang2 lain yg boleh kita jumpa di sini... Adawiyah paling gembira hari tu melihat binatang2 yg selalu dilihat dlm buku shj... Mulkan pula byk ternganga melihat makhluk2 yg tak pernah ditemui sebelum nih.. Hehehee...