Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Monday, June 23, 2008

Happy Birthday Adawiyah..

Hari Sabtu lepas, genaplah Adawiyah berumur 3 tahun.. Dapat birthday card dari family di Malaysia, sehari suntuk mendengar lagu happy birthday from the card.. Huhu, kemaruk betul..

Cuaca pula semakin sejuk, untuk browse internet pun terasa malas.. Kebetulan bilik study hubby ni memang terlebih sejuk berbanding bilik2 lain..

Last weekend pula, pergi ke family day student Malaysia di Crawley.. Ramai juga yg dtg, tetapi hujan pula.. Di Western Australia ni terdapat 4 university ternama iaitu University of Western Australia, Edin Cowarth University, Curtin University dan juga Murdoch University.. Dapatlah bertemu student2 dr 4 uni ni.. Kebanyakan student mengambil jurusan business & accounting..

Tuesday, June 10, 2008

Cold...

Sekarang cuaca semakin sejuk dan shower selalu.. Seisi keluarga selsema dan batuk. Mungkin kerana belum biasa lagi dgn suhu yg sejuk sangat.. Pagi2 kalau bercakap, keluar asap lagi..

Di sini, hujan nya tidak seperti di Malaysia.. Hujan nye sekejap2 kemudian hari terang semula, hujan lagi dan terang semula.. Begitulah seharian selalunya.. Dan jarang2 hujan disertai dgn kilat dan guruh.

Bunga2 pula tumbuh melata.. Rumput pun berbunga.. Boleh dikatakan setiap rumah di sini ada pokok bunga.. Yg banyak nye bunga rose.. Melihat pokok2 bunga rose jiran yg berwarna warni, rasa macam nak petik aje.

Dibelakang rumah pula, buah oren rancak berbuah.. :) Tp masih belum boleh dipetik, rasanye masih masam lagi..

Tuesday, June 3, 2008

Winter Sonata

Huhu... dah lama tak update blog, bukan aper.. Tp ketandusan cerita.. Sekarang dah masuk winter, tp suhu masih belum extreme lagi.. Still tolerable.. Avg dlm 7 celcius - 20 celcius.. Tp malam2 tidur mesti pakai heater.. Yg peliknya, kalau shower(hujan), suhunyer akan jadi warmer compared kalau hari cerah..

Skrg nih malam nyer panjang... Subuh masuk kol 5.43 a.m pastu kol 5.20 p.m dah maghrib... Kalu posa, best arr.. Kejap jer, dah buka.. :) Tp boring lar, sbb sibuk2 buat kerja rumah, aleh2 ajer dah malam..

Baby Mulkan pula tiba2 sahaja merangkak.. Selepas berdiri dan meniti ditepi kerusi, br dia pandai merangkak.. Yg bestnyer, dia merangkak terus sahaja laju like an expert... Hahaha...

Minggu nih, satu lagi family malaysia sampai.. Mereka menumpang di rumah kawan yg tinggal berhampiran dgn rumah kami.. Rasa excited pula nak jumpa org Malaysia..