Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Wednesday, June 3, 2009

Physioterapy: First Session

Pagi nih Adawiyah ader appoinment di Andrea Kids Development Centre, Bentley yg terletak kira2 5 minit dr rumah.. Kali nih appointment utk physioterpy session.. Seperti biasa, aku agak terlewat dan tergesa2 ke sana sbb aussie nih agak punctual.. Tp terlewat 5 minit, hehee ok lar tuh..

Sampai di sana, doktor membawa kami ke satu bilik khas yg dipenuhi dgn mainan berbentuk fizikal seperti slide, trampolin dan mcm2 lagi.. Adawiyah mula2 di suruh berjalan atas line yg lurus, lompat atas trampolin, lari dan sbg nya.. Memandangkan adawiyah tak berapa sihat hari nih dan baru shj ku beri ubat, dia tidak memberi kerjasama yg baik dgn doktor... Puas ku pujuk tp dia mencuka shj, Mulkan pulak yg beriya melompat2 atas trampolin :) ... Lalu doktor terus ke sesi berikutnya, pemeriksaan terhadap kakinya.. Doktor dapati kaki kiri nya byk melibatkan pergerakan peha menyebabkan langkah nyer agak ke dalam berbanding kaki kirinya.. Sblm itu, doktor melukis gambar muka di kedua2 lutut adawiyah, apabila dia berjln mmg agak nyata muka yg di sblh lutut kiri nye lebih ke dlm berbanding dgn yg di sblh lutut kanan yg agak stabil ketika berjalan.. Doktor menasihatkan aku utk menggalakakan adawiyah utk duduk bersila dan berlatih jalan spt penguin utk melatih otot2 kakinya.. Dan dilarang utk duduk dlm keadaan dua betis nyer keluar spt budak2 suka duduk tuh.. Since adawiyah masih kecil, katanya masih boleh di bantu tanpa latihan yg berat.. takut nanti memberi effect kpd otot2 nya.. Selain itu, kasut jugak memainkan peranan, utk adawiyah nih selipar adalah dilarang sama sekali.. Kasut pun perlu dipilih yg mempunyai bahagian belakang yg agak mantap dan tidak flexible.. Huhu... mujur adawiayh mmg memakai kasut kerana pengalaman telah mengajar kami.. Akibat gaya jalan nye yg ke dlm itu, selipar nyer mudah rosak dan dia jugak mudak jatuh since selipar dan kaki tidak bergerak selari... Kemudian sesi ditangguh ke minggu depan utk sesi latihan fizikal...

Bimbang juga aku kaki adawiyah akan memberi effect pada dia, bila ku tanya doktor adakah this condition is bad.. Doktor memberitahu yg condition adawiyah not good, but since dia masih budak kita boleh bantu.. Lega aku mendgr nya... So, kalu ader sesiapa yg punya anak berjalan agak pelik, bawalah berjumpa doktor utk pemeriksaan awal.. Rawatan awal sekurang2 nyer masih dapat menbantu sblm terlewat... :)

Supaya kita menjadi ibu bapa yg lebih perihatin terhadap kebajikan anak2...

5 comments:

sha said...

kenapa dengan anak kau shima? ish ish ish..semoga dia cepat sembuh...aku tak dan nak baca ni..pjg sangat kau tulih..

Ammiada said...

Sha, hehee kaki dia tuh pengkor sket.. Bila jalan kaki dia ke dlm, kalu kat m'sia org kata jln kaut rezeki.. Tp kat sini, cikgu dia concerned, so refer ke physioterapy

Anonymous said...

Shima,

baguskan cikgu2 kat sana..diorang pulak yang concern sangat kan...so oklah kot lepas nih, kena train sikit ikut nasihat doctor lah ek.moga2 semuanya ok..

~naza

Cik Siti Abu Sujak said...

Impressive la.. Semoga kaki adawiah dapat disembuhkan. Kalau takde yg bagitau, kadang kita tak buat tindakan. Ingat biasa..

lala said...

Mudah mudahan adah akan sembuh...amiin..tapi akan jejas kesihatan dia ke shim?

Aku tak nampak dia jalan lain pun dulu...hai...macam macam