Pejam celik pejam celik, aku dah pun masuk 35 minggu.. Huhu, ikut pengalaman dulu2, adawiyah lahir @ 39th week, mulkan plak @ 37th week... So, doktor jangka kali nih pun mungkin awal jugak.. Hubby plak baru jer berangkat ke US mlm smlm, present paper kat sana.. Tak pergi nanti tak publish plak paper.. Nak tak nak, kena lah pegi.. Tinggal lah kami anak beranak di sini, tp mlm2 kiterang tidur di rumah kwn yg kebetulan seorg doktor.. Hehe, kalu jd aper2 pun, doktor ader... ;)
Adawiyah skrg bukan main becok mulut nyer.. Mungkin begitu perkembangan kanak2 seusia dia.. Semua benda dia akan tanya "why umi"... Masa tgh rajin, aku jwb soalan nya satu persatu, tgh malas atau busy aku jwb jer "umi don't know"... Hahaha, mcm mane lar nak jd ibu mithali ni... Kdg2 kagum melihat tahap kecekapan kanak2 belajar bahasa, ade satu masa adawiyah dapat merasa tendangan baby dlm perut ku, terus dia cakap "Oh it's amazing umi..." Erm, sah2 dia bukan belajar dr aku yg berterabur english nyer.. :D
Saturday, October 31, 2009
Tuesday, October 6, 2009
Salam Aidil Fitri

Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat aidil fitri kepada semua sanak saudara dan sahabat handai, ampun maaf dipinta dari bumi asing Perth ni.. lambat dah nak ucap ni.. Hehee... lama dah tak update blog ku ini...
Hari raya tahun nih agak meriah dgn kehadiran mak dan kakak ku Uda ke bumi Perth nih.. Hari raya pertama kami menjemput rakan taulan yg tinggal berhampiran dgn rumah, kira2 9 keluarga semuanya.. Meriah lah jugak, jemputan dtg sampai ke malam.. Tapi Mulkan pulak tak berapa sihat, asyik nak berkepit ajer.. Huhu, mujur kakak ku ader tolong basuh pinggan, kemas sumer.. Hehee.. terima kasih bebanyak...
Kunjungan mak dan kakak selama 2 minggu rasa begitu sekejap sekali.. Dapat lah bawa mereka berjalan2 di sekitar Perth, seperti Caversham Wildlife Park, Kings Park, Araluen Botanic Park, Fremantle dan Abingdon Miniature Village.. Dapat juga menghadiri beberapa open house.. Hehee, actually jemputan open house di sini lagi byk dr di Malaysia.. Sehari kdg2 sampai 3-4 rumah..
Cuaca pulak agak sejuk lagi ketika mereka di sini.. Kesian jugak tgk mereka kesejukan, baru minggus nih cuaca mula panas dan tak hujan... Alahai, begitulah kehendak Nya... :)
Hari Sabtu lepas, mak dan kakak berangkat pulang ke Malaysia.. Huhu, terasa betul kesunyian nya di rumah.. Teruatama sekali Adawiyah yg sememangnya rapat dgn kakak ku.. Tiap2 hari minta abah dia balik M'sia.. Huhu...

Aidilfitri.. Kat sini pun ada bunga api tau..

Araluen Botanic Park: Tercapai hasrat mak nak tgk bunga tulip..

Caversham Wildlife Park: Bermesra2 dgn haiwan2 liar...

Abingdon Miniature Village: Tgk model rumah2 kecil.. Bunga2 yg cantik..
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 2, 2009
Sunyinya Ramadhan...
Hari ini genap umat Islam berpuasa selama 12 hari.. Terasa waktu berlalu begitu cepat sekali.. Tahun ini terasa Ramadhan lagi suram mengingatkan kemeriahan Ramadhan di Malaysia. Mujur lah mak dan kakak akan tiba tidak lama lagi, kira2 2 minggu lagi.. Rasa tak sabar menerima kunjungan kelaurga buat pertama kalinya di bumi asing ini..
Alhamdulillah, aku masih mampu utk mengerjakan ibadah puasa walaupun kadang2 angin gastrik menyinggah juga.. Cuaca pula agak sejuk skrg nih dgn kehadiran angin spring..
Semalam pergi booking hospital utk bersalin.. Walaupun terdapat hospital besar khas utk wanita di Perth city, iaitu King Edward Memorial Hospital(KEMH), tetapi kami memilih utk ke hospital daerah yg lebih tenang kira2 20 minit dr rumah. Kalau di KEMH selalunya utk satu2 appointment, masa menunggu sahaja boleh mencecah hingga 2 - 3 jam lamanya, itu tidak termasuk masa utk mencari parking.. Huhu, mujur lah di hospital daerah ini aku hanya perlu menunggu selama 15 minit - 30 minit utk satu2 appointment dan parking space nya juga begitu luas sekali.. :)
Appointment smlm berjumpa dgn mid wife.. Ditanya pelbagai soalan biasa latar belakang pesakit.. Antara soalan yg pelik ditanya pernahkah anda menjalani female circumcission.. Huhu, terfikir aku apakah relevant nye soalan nih.. ????

Subscribe to:
Posts (Atom)