Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Wednesday, October 29, 2008

Mari Memetik Buah Berry..

Ada sebatang pokok yg besar di belakang rumah kami.. Ingatkan pokok hutan, rupa2 nye pokok berry.. Nasib baik anak neighbour dtg meminta sedikit buah berry, barulah kami tahu..



Inilah pokok berry, besar kan.. Bayangkan betapa banyak buahnyer..












Inilah rupa buah berry yg belum masak, kalau masak buahnye berwarna hitam dan manis rasanyer.. Buah ni perlu dipetik dgn lemah lembut sbb ia mudah hancur dgn mengeluarkan getah berwarna purple.. Yg merah ni masam rasanyer.







Ini buah berry yg sudah ranum..












Pokok anggur sudah bercambah kembali, ready to berbuah semula... :)

Sunday, October 26, 2008

Daylight Saving Time

Hari ini bermulalah daylight saving time dimana jam dicepatkan satu jam.. So, waktu di sini akan sejam awal dr Malaysia.. :)

Saturday, October 18, 2008

It's Spring...

Sekarang ni dah masuk mid of spring.. Cuaca dah mula panas, hari ini mencecah 30 celcius.. So, good bye to heater and sweater.. :)

Pertama kali melalui 4 season yg berbeza memberi pengalaman yg menarik kpd kami .. Setiap musim akan kelihatan tumbuhan dan bunga yg berbeza.. Sekarang ni, pokok2 yg dahulu kering tanpa daun sudah mula menghijau.. Malah bunga2 ros kembali mekar menghiasi taman2.. Seronok melihat bunga2 yg berbeza mekar di merata2.. Tapi yg tak menariknye, musim inilah lalang2 tinggi turut tumpang menghiasi ruang di sekita rumah.. Emm, nampaknyer kena lah kami turun ke padang utk clearkan lalang2 ni (weeding remember.. ;) )

Selain drpd tumbuhan, musim ini juga menarik rama2 yg begitu banyak menghiasi pepohon, begitu juga dgn beberapa jenis burung2.. Tapi, rama2 semuanya berwarna putih.. Kenapa yer...

Tuesday, October 14, 2008

Open House

Sibuk menghadiri jemputan open house sejak hari raya pertama lagi, hari Sabtu lepas giliran kami pula mengadakan open house.. Jemputan sederhana sahaja seramai 15 keluarga. Menu yg kami sediakan: Soto, Spaghetti, Satay, Roti Canai dan kuih muih.. Penuh lah satu meja makan tuh dgn pelbagai hidangan.. Tp bukan semua nya kami yg masak. :) Satay dan roti canai ditempah dgn kawan hubby (mak nye PR). Seperti yg dijangkakan, sambutan terhadap satay & roti canai mmg memberangsangkan.. Tidak lupa juga dgn soto ku.. Hehee.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Majlis bermula pada jam 1.00 ptg dan tetamu terakhir pulang pada jam 7.00 ptg.. Memandangkan kami tidak biasa masak beriya2 begini, hari Ahad terus demam.. Hahahaa.... Walaupun penat tapi terasa gembira dapat menjamu rakan2 di sini.. Terima kasih diucapkan kepada tetamu yg sudi hadir ke rumah kami..