Lilypie 4th Birthday PicLilypie 4th Birthday Ticker
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Saturday, December 20, 2008

Malaysia Oh Tanah Airku....

Alhamdulillah... Akhirnya dpt juga aku dan keluarga pulang ke tanah air ku yg tercinta.. Huhu... Tanggal 27 November 2008, jejak juga kaki ku ke LCCT yg huru hara itu... Pengalaman pertama bersama Air Asia:
1. Kapal terbang: Selesa, maklumlah masih baru.. Ruang duduk pun best jugak, luas tapi seat depan lah since ader baby... Toilet pun banyak.. Makanan pulak, sederhana sahaja.. Tp bolehlar nak mengalas perut.. Service pula so and so, nak minta pasang baby basinet pun agak lambat since crew sibuk jual makanan... Keseluruhan nya... sungguh selesa berpadanan dgn harga nya... :)

2. LCCT: Agak mngecewakan, perjalanan dr kapal terbang ke kaunter check out agak jauh.. Kena berebut2 pulak tuh... Tunggu bagasi pun lambat... Sampai tertinggal satu bag, uwaaa....

Kami berada di Malaysia selama 3 minggu yg penuh dan padat dgn pelbagai aktiviti.. Mmg letih ke sana ke sini, tp gembira dpt betemu dgn keluarga.. Sempat juga shopping dan terserempak dgn rakan2 sekerja yg lama.. Huhu.... Tp yg paling bermakna berkesempatan menziarahi pusara kedua mertua dan juga arwah bapa ku... Yg menyedihkan, handset ku tertinggal di Perth, so tak dapat contact kengkawan di sana dan juga terkilan tidak berkesempatan singgah di opis lama ku... Isk..isk...

Perjalanan pulang ke perth pula dipenuhi dgn episod drama swasta apabila adawiyah menangis2 tak nak ikut kami, nak tinggal dgn cousin & kakak2ku.. Sampai muntah2 di kaunter check in tuh.. Haru betul... Nasib baik sempat mandikan dia dan tukar baju before announcement utk check in... Masa beratur utk check in tu, ramai lah penumpang2 lain yg lalu sambil mengusap2 kepala Adawiyah... Alamak, malu betul.... :)

Tuesday, November 18, 2008

Sunday Market

Sunday Market merupakan pasar jualan brg2 terpakai yg diadakan pada setiap pagi Ahad bermula jam 6 pg sehingga 11 pg.. Berhampiran dgn rumah kami terdapat beberapa Sunday Market tetapi yg paling hampir terletak di Maddington, kira2 10 minit dr rumah. Sesiapa sahaja boleh berniaga dgn harga sewa yg telah ditetapkan.. Utk masuk pula dikenakan bayaran 1 dolar seorang dan maksimum 2 dolar per family..

Macam2 barang yg ada dijual di market ni, seronok lah juga mengisi aktiviti di pagi minggu.. Kalau bernasib baik boleh dapat set pinggan China bones.. Sebagai pelajar yg hanya menetap bebrapa tahun di sini, mmg berbaloi membeli brg2 seperti car seat, heater dan sebagainyer di sini.. Malah, kdg2 boleh dapat brg2 berjenama dgn harga yg murah.. Brg2 nih dijual oleh pemilik sendiri, so kalu nak cari brg2 yg elok dan berjenama, kita tgk lah kereta yg mereka pakai.. Selalunya kalu mewah kereta penjual, maka mewah juga brg2 yg dijual walaupun second hand.. :) Lagi bernasib baik, dpt brgn first hand yg belum terpakai tp owner nak let go kan brgn tersebut..

Walaupun market nih di awal pagi tetapi pengunjung nya tetap meriah.. Teringat pasar malam di Malaysia pula...

Sunday, November 9, 2008

Langkah ku yang pertama..

Akhirnya, pada usia 1 tahun 3 bulan, Mulkan memulakan langkah pahlawan nya... Lambat sungguh dia berjalan, hehee...


Going to Kindy..




Akhirnya, Adawiyah telah diterima ke Gibbs Street Primary School, a public school yg terletak berhampiran dgn rumah kami.. Walaupun niat asalnya untuk masukkan Adawiyah ke private islamic school, tetapi setelah menerima kenaikan yuran sehingga mencecah AUD 5K or above, kami pun mengundur diri. :( Bukan kami sahaja, malah ramai keluarga lain juga menarik diri setelah dikenakan yuran sebagai International student which is too expensive for most of us.. So, bermula Feb 2009 ini, Adawiyah akan ke sekolah untuk 4 hari seminggu from 8.45 a.m - 11.30 a.m..